Landasan karma duniawi ibarat melangkah di gurun sahara,tanahnya luas akan tetapi ketandusan dan setiap pelangkah sentiasa ditemani kehausan,kelaparan dan juga kesunyian. Setiap pelangkah harus menyediakan bekalan yang mencukupi untuk melangkah gurun sahara. Bukan sahaja bekalan keperluan makanan,bahkan setiap pelangkah haruslah menyediakan bekalan mental mahupun fizikal. Bagi pelangkah yang tidak menyediakan bekalan-bekalan ini, langkah mereka akan terhenti dipertengahan jalan. Barangkali mereka akan mati kelaparan, kehausan, mahupun keletihan yang teramat. Bagi pelangkah yang telah mempunyai bekalan yang mencukupi, mereka masih memerlukan satu lagi bekalan iaitu matlamat. Adakah mereka sanggup untuk meneruskan langkahnya? Adakah mereka sanggup untuk menempuh segala risiko yang bakal mendatang? Penat, angin yang bertiup kencang dan teriknya panas matahari..Adakah mereka sanggup menempuh semua itu? Bagi mereka yang tulus hatinya dalam mengejar cita-cita, mereka akan sanggup menempuh segala risiko yang bakal mendatang kerana di hati mereka tersemat satu prinsip iaitu “sesungguhnya hidupku, matiku, dan ibadahku adalah ikhlas kerana Allah Taala”.
Ketika di dalam perjalanan, mereka masih lagi di uji dengan bermacam-macam jenis ujian. Peganglah pada prinsip “ USAHA, SABAR, YAKIN DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH S.W.T” Kadang-kadang, apa yang tidak disukai oleh kita yang akan membuahkan kejayaan pada kita..sesungguhnya Allah itu maha mengetahui segala-galanya.. kehidupan umpama pelintas yang ingin melintas dijalan raya yang dipenuhi dengan jumlah kenderaan yang banyak. Setiap pelintas haruslah berhati-hati untuk melintas. Mereka harus menoleh ke kiri, ke kanan, dan ke kiri semula untuk memastikan sama ada mereka benar-benar selamat untuk melintas. Begitulah seumpanya kehidupan seseorang manusia di muka bumi ini. Kehidupan manusia sentiasa dipenuhi dengan risiko, cabaran dan dugaan . Sesungguhnya Allah telah mengurniakan akal kepada kita supaya kita dapat berfikir mana yang baik untuk kehidupan kita. Oleh itu, kita sebagai hamba yang telah di kurniakan akal yang sempurna, kita haruslah bijak berfikir secara rasional dan bijak dalam mengatur strategi untuk melaksanakan kehidupan dengan sempurna. Sesungguhnya Allah itu maha penyayang. InsyaAllah segala yang anda hajati akan tercapai. Andai kata apa yang anda hajati tidak tercapai, janganlah anda berputus asa kerana setiap apa yang diuji, pasti ada hikmah di sebaliknya. Setiap kesedihan yang mendatang, pasti akan ada kemanisan yang sedang melambai. Ikhlaskanlah hati anda dalam menerima sesuatu yang mendatang. Allah maha penyayang. Allah tidak akan sesekali menguji hambanya diluar kemampuan hambanya.

No comments:
Post a Comment