Ramai yang mengatakan bahawa penantian adalah satu penyeksaan. Tapi, bila kita kaji semula, penantian adalah satu kenikmatan yang sukar untuk di ungkapkan oleh kata-kata sekiranya penantian yang selama ini kita nanti-nantikan, berhasil untuk kita perolehi. Penantian adalah satu seksaan sekiranya kita menantikan sesuatu yang tidak pasti walaupun diiringi dengan segunung kesabaran. Tapi seandainya kita menantikan sesuatu yang memang pasti, itu adalah suatu kepuasan bagi kita sekiranya penantian yang kita nanti-nantikan selama ini berhasil diperolehi. Namun begitu, nikmat yang sebenar di dalam penantian adalah apabila walaupun kita menantikan sesuatu perkara yang tidak pasti, hati kita tetap berkeras ingin menantikannya. kita tetap tabah menantikan dirinya . Di hati sentiasa tersemat segunung kesabaran. Walaupun kita tau yang kita dibelenggu dua kemungkinan iaitu sama ada kita berjaya untuk memperolehinya, ataupun gagal. Namun, kita sebagai hamba tidak boleh lari dari konteks hubungan antara Allah dan hamba. Ingatlah dan sematlah di hati kita bahawa walau sebesar mana sekalipun ujian mahupun dugaan yang mendatangi kita, ada hikmah disebaliknya. Allah maha Agung. Dia tidak akan sesekali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Janganlah kita sesekali berputus asa. Teruskanlah berdoa kepada Allah agar apa yang kita nantikan itu berjaya diperoleh. Yang penting, penantian kita itu haruslah disulami dengan keikhlasan.
Thursday, June 4, 2009
PENANTIAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment